Asyraf Khalid (kiri).

KUALA LUMPUR – PTTI Group Sdn. Bhd. mengumumkan pelantikan ahli perniagaan, Asyraf Khalid sebagai Pengarah Kerjasama Kumpulan sebagai satu langkah strategik  memperkukuhkan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi merealisasikan visi dalam membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik.

Dengan pengalaman luas dalam dunia perniagaan dan pembangunan strategik, Asyraf dijangka memainkan peranan penting dalam memperluaskan rangkaian kerjasama PTTI termasuk dengan sektor korporat, institusi pendidikan serta agensi kerajaan dan swasta.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau Cikgu Fana berkata, pelantikan Asyraf, 32, satu langkah strategik bagi memperkukuhkan impak PTTI dalam ekosistem pendidikan negara.

“Kami percaya dengan kepakaran dan pengalaman beliau, PTTI dapat menjalinkan lebih banyak kolaborasi yang memberi manfaat kepada pelajar, guru dan masyarakat secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut diumumkan, Dr Faizul Abdul Hamid sebagai Timbalan Naib Presisen Komunikasi Strategik di PTTI Group Sdn Bhd. pada Majlis PTTI Annual Gala Award Dinner bagi menghargai usaha serta dedikasi seluruh pasukan PTTI dalam membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka.

Majlis ini bukan sekadar pengiktirafan kepada tenaga kerja PTTI, tetapi juga menjadi platform untuk mengumumkan sasaran yang lebih besar pada tahun ini. – MalaysiaGazette

PTTI kini merupaka pusat peningkatan akademik dan pakar popular dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here