Salah seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) memasang khemah di dalam Pusat Pemindahan Banjir (PPS) di Lipis bagi menempatkan mangsa banjir.

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir terkini di Pahang mencatatkan 187 orang mangsa di dua daerah di Pahang sehingga tengah hari tadi.

Menurut infografik Bencana Banjir MTL 2024/2025 oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka masing-masing di Temerloh dan Bentong.

Seramai 54 buah keluarga ditempatkan di dua buah PPS berkenaan.

Seramai 11 keluarga membabitkan 47 mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lanchang manakala 47 keluar membabitkan 140 mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak Setia.

Dalam perkembangan terkini, PPS dekat Bentong itu dilaporkan tutup jam 2 petang tadi.

Untuk rekod tiada rekod kematian dalam bencana banjir setakat ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here