Orang ramai membeli juadah berbuka puasa pada bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bazar Ramadan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 23 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa untuk memastikan para peniaga tidak menyalahgunakan kelulusan secara memindah milik atau menjual semula lesen penjaja bazar Ramadan kepada pihak ketiga.

Dalam Sesi Penggulungan Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat petang semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menggesa semua PBT proaktif dalam mengurus dan menguatkuasakan lesen penjaja bazar dengan lebih ketat dan tegas menjelang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 19 FEBRUARI 2025.

“Sekiranya terdapat mana-mana peniaga yang mengingkari kelulusan tersebut, PBT hendaklah mengambil tindakan tegas membatalkan lesen tersebut dengan serta-merta dan tidak berkompromi dalam isu ini.

“Budaya mengaut keuntungan atas angin merupakan salah satu sebab utama mengapa harga barang di bazar Ramadan sangat mahal dan tidak berpatutan,” kata beliau.

Kor Ming menambah, kadar sewa yang dikenakan oleh PBT juga hndaklah mempunyai had siling yang munasabah dan berpatutan agar tidak membebankan rakyat.

Beliau turut menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk membatalkan lesen perniagaan orang tengah yang memindahkan lesen mereka.

“Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, kepentingan rakyat mesti diutamakan. PBT mesti memastikan bahawa proses pemberian lesen ini tidak menguntungkan mana-mana kartel atau sindiket yang ingin mengambil kesempatan,” kata beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here