Foto IG Zehra Zambri.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Zehra Zambri memilih untuk tidak memberi sebarang komen buat masa ini selepas didakwa akan memohon cerai.

Wanita berusia 38 tahun itu berkata, ia kerana dia sedang berdepan masalah kesihatan.

“Salam, mohon maaf saya tidak dapat beri sebarang kenyataan ketika ini. Kesihatan saya juga kurang baik,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Mengulas, pelantun lagu Semalakama itu turut menjelaskan, hanya peguam yang mewakilinya akan memberi kenyataan kelak.

“Saya tidak akan sesekali mengaibkan sesiapa. Tiba masanya peguam yang mewakili saya akan mengulas lanjut, terima kasih,” ujarnya.

Semalam, suaminya, Nur Mohd. Iqwan Samsudin, 42, mendakwa Zehra dilaporkan bakal memfailkan ‘cerai secara fast track’ terhadapnya dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, suaminya hadir ke mahkamah untuk memfailkan nusyuz bagi menyelamatkan rumah tangga mereka yang didakwa ada gangguan pihak ketiga.

Sebelum ini, kehidupan peribadi Zehra menjadi bualan ramai selepas Iqwan dikatakan memadam foto mereka bersama dalam Instagram.

Jelas Zehra, suaminya itu tidak memadam foto tersebut sebaliknya hanya diletakkan dalam mod arkib kerana tidak gemar menjadi perhatian umum sejak dia menyertai program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).

Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.

Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017 namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here