Dr Mohd Na'im Mokhtar

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Mohd Na’im berkata, beliau mendapat maklumat mengenai perkembangan itu hasil daripada pertemuan dengan Ketua Pengarah JAWI, Hanifuddin Roslan pagi tadi.

“Semua individu terlibat telah dikenal pasti dan dihubungi oleh Bahagian Penguatkuasaan JAWI.

“Ini kerana tindakan mereka jelas melanggar Seksyen 25 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan iaitu kesalahan lelaki berpakaian seperti wanita,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Imam Besar Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Ekrima Said Sabri di pejabatnya di sini hari ini.

Mohd Na’im berkata, langkah seterusnya akan disusuli dengan sesi perbincangan secara tertutup antara Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan semua individu terlibat bagi memberikan nasihat serta penerangan berkaitan kesalahan yang telah dilakukan.

“Dengan harapan semoga dengan inisiatif ini, mereka akan ambil iktibar dan tidak mengulangi kesalahan sama. Kita harap aspek penguatkuasan dan kaedah nasihat yang kita buat ini dapat sampaikan mesej bahawa kita tidak berdiam diri,” katanya.

Selasa lepas, Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI, Fahmi Fadzil memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan dan keingkaran tersebut boleh mendatangkan kesan kepada pihak terlibat. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here