Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man bercakap pada Dialog MG bertajuk 'Rasuah Berakar Umbi Jangan Ingat Anak Muda Buta Tuli' ketika di Pejabat Malaysia Gazette Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Foto MOHD ADZLAN, 19 FEBRUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Kerajaaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal konsisten menangani isu rasuah di negara ini di mana usaha serius ke arah sedang dijalankan sejak beliau mentadbir negara ini.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, namun ia memerlukan masa untuk untuk mengatasi budaya negatif itu kerana masyarakat perlu memahami bagaimana rasuah itu beroperasi dan sistem sedia ada yang membenarkan ia berlaku secara berlarutan.

“Rasuah ini tidak boleh dianggap tindakan antara dua pihak memberi dan menerima sahaja tetapi harus dilihat secara holistik bagaimana sistem sedia ada telah memberi ruang dan peluang untuk cetus amalan tersebut.

“Bagi saya kerajaan pada tahun pertama telah melaksanakan pelbagai usaha dasar sebaik sahaja perdana menteri mengambil mengambil tampuk pentadbiran kerajaan yang menegaskan tiada amalan rundingan terus dalam projek terbuka.

“Kita juga ada Akta Tanggungjawab Fiskal yang menetapkan tanggungjawab kawalan terhadap kerajaan sendiri bahawa kerajaan perlu menggunakan dana rakyat dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas muncul sebagai panelis pada program Dialog MG bertajuk Rasuah Berakar Umbi, Jangan Ingat Anak Muda Buta Tuli di ibu pejabat MalaysiaGazette di sini malam tadi.

Panelis lain yang terlibat adalah Pengarah Komunikasi Angkatan Muda keadilan (AMK), Haziq Azfar, Setiausaha Sekretariat Rakyat Benci Rasuah (SRBR), Muhammad Zaim Zulkifli Arif dan Ketua Penerangan  Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM), Muhammad Fakrurazzi Khairur Rijal.

Mengulas lanjut, Choon Man berkata, sebagai Kelab Penyokong Kerajaan Madani (BackBenchers), pihaknya sebagai wakil rakyat bertanggungjawab kini lebih berani bersuara di Parlimen.

Katanya, kelab itu tidak lagi bertindak seperti dahulu tetapi memainkan peranan penting dalam memastikan semak dan imbang dalam kerajaan, bagi menjamin dasar yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

“Wakil rakyat kerajaan bukan lagi seperti dahulu kerana alaupun kami di pihak kerajaan namun kami ambil peranan sebagai kuasa semak dan seimbang kepada kerajaan,” katanya. – MalaysiaGazette

Ketua Penerangan Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM), Muhammad Fakrurazzi Khairur Rijal bercakap pada Dialog MG bertajuk ‘Rasuah Berakar Umbi Jangan Ingat Anak Muda Buta Tuli’ ketika di Pejabat Malaysia Gazette Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Foto AIZAT ZAINAL, 19 FEBRUARI 2025.
Pengarah Komunikasi AMK, Haziq Azfar (kiri) bersama Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man (dua kiri), Setiausaha Sekretariat Rakyat Benci Rasuah (SRBR), Muhammad Zaim Zulkifli Ariff (dua kanan) dan Ketua Penerangan Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM), Muhammad Fakrurazzi Khairur Rijal (kanan) bercakap pada Dialog MG bertajuk ‘Rasuah Berakar Umbi Jangan Ingat Anak Muda Buta Tuli’ di Pejabat Malaysia Gazette Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Foto HARI ANGGARA, 19 FEBUARI 2025.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here