Screenshot

BUTTERWORTH – Seorang lelaki warga China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan anggota polis pada Ahad lalu.

Tertuduh, Jin Huahui, 45, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan ke atas anggota polis dengan menggunakan kerusi plastik dalam kejadian di Pangsapuri Servis Nyior pukul 9.30 malam pada 16 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Airina Syazreen Zainurin tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh susulan lelaki itu merupakan warga asing.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh dijamin dan menetapkan 5 Mac depan untuk sebutan semula kes termasuk mendapatkan pengesahan pasport miliknya.

Difahamkan dalam kejadian pada Ahad lalu, tertuduh menyerang seorang polis Daerah Timur Laut selepas berang ditegur kerana selalu membuat bising di Pangsapuri Servis Nyior, Butterworth.

Lelaki berkenaan dikatakan bertindak agresif dengan mengambil kerusi plastik sebelum memukul anggota polis berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here