Foto: Balai Bomba dan Penyelamat Baling

BALING – Seorang lelaki warga emas maut selepas dihempap pokok dalam kejadian di Kampung Charuk Jernih, Jalan Baling-Gerik, dekat sini, tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.34 tengah hari berhubung insiden yang menimpa mangsa berusia 64 tahun itu.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati seorang pekerja dihempap sebatang pokok semasa aktiviti menebang pokok di situ bersama beberapa rakannya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian telah dialihkan dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here