Ketua Pengarah Maritim Malaysia memakaikan apulet Laksamana Pertama Maritim kepada Shahref Steve Mac Queen.

KUALA LUMPUR – Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang berlangsung di Ibu Pejabat Maritim Malaysia hari ini bukan sekadar satu acara rasmi, tetapi simbol pengiktirafan terhadap dedikasi, pengorbanan, dan tanggungjawab pegawai dalam memastikan keselamatan perairan negara terus terpelihara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah dalam ucapannya menegaskan, pencapaian yang diraikan hari ini bukan hasil usaha individu semata-mata, tetapi turut didorong oleh sokongan padu daripada keluarga dan rakan setugas.

Laksamana Pertama (M) Mohd Rizal Hishamuddin ditempatkan selaku Pengarah Bahagian Kejuruteraan Ibu Pejabat Maritim Malaysia

“Di sebalik setiap kejayaan seorang pegawai, terdapat insan tersayang yang sentiasa memberikan semangat, memahami cabaran tugas, serta menjadi pendorong utama di kala suka dan duka.

“Begitu juga peranan rakan setugas yang tidak ternilai dalam memastikan kejayaan dicapai secara kolektif. Tiada kejayaan yang dicapai secara bersendirian, sebaliknya ia adalah hasil kerjasama, dedikasi, dan semangat berpasukan yang utuh,” katanya.pada majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim.

Mohd Khairi Abd Aziz menerima pemangkuan pangkat Laksamana Pertama Maritim seterusnya menyandang jawatan baharu iaitu Pengarah Maritim Negeri Sarawak

Dalam ucapan yang sama, Mohd Rosli bdullah menekankan, kenaikan pangkat bukan sekadar satu penghormatan, tetapi juga satu amanah besar yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab.

Beliau mengingatkan pegawai yang menerima pemangkuan pangkat supaya sentiasa menjaga kebajikan anggota bawahan, kerana kesejahteraan mereka menjadi faktor utama dalam keberkesanan operasi di lapangan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here