Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bercakap pada sidang media selepas hadir Majlis Media Lunch Bersama Pengerusi MARA sempena Wakaf MARA MADANI dan Sambutan Ulang Tahun MARA Ke-59 di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 20 FEBRUARI 2025

KUALA LUMPUR – Kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) pada tahun ini amat memberangsangkan dan trend penolakkan tawaran itu amat sedikit.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kemasukan luar biasa tahun ini mungkin disebabkan tindakan terjah yang dilakukan beliau sepanjang dua tahun berkkhidmat.

Beliau berkata, kebiasaannya kira-kira 30 hingga 40 peratus pelajar yang ditawarkan menolak untuk masuk ke MRSM.

Jelas beliau, daripada 8,909 tempat yang disediakan setakat minggu pertama hari persekolahan hanya sedikit saja yang tidak hadir atas sebab yang tidak diketahui.

“Macam semalam, saya ke MRSM Sungai Besar, tak sampai 20 orang yang tidak hadir. Dari situ kita lihat ramai yang sudah meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada sistem MRSM.

“Mungkin kesan daripada terjah yang saya lakukan, barulah mereka kenal institusi MRSM ini. Itu sudut positif daripada tindakan yang saya lakukan,” katanya ketika majlis Makan Tengah Hari Media bersama Pengerusi MARA.

Menurutnya, seramai 104,000 pelajar yang memohon kemasukan MRSM tahun ini dan seramai 22,400 orang lulus cemerlang dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

Sementara itu beliau berkata, pihaknya masih menunggu laporan kemasukan pelajar bukan bumiputera ke MRSM.

Sebelum ini terdapat laporan hanya satu daripada 10 peratus kuota kepada pelajar bukan bumiputera yang memasuki MRSM.

“Setakat ini, saya lihat trend itu memang dari dulu begitulah keadaannya dan tidak tidak ramai yang memenuhi kuota berkenaan.

“Tetapi bagi kami, pelajar bukan bumiputera yang memasuki MRSM ini ‘blend in’ dengan baik. Sebab itu kita terbuka kepada sesiapa saja yang nak masuk ke MRSM.

“Apa pun kita mengalu-alukan kemasukan pelajar bukan bumiputera ini sebab kita masih mengekalkan kuota itu untuk proses interaksi dan integrasi,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here