Mangsa dilaporkan maut di lokasi kejadian.

GEORGE TOWN – Seorang pejalan kaki maut dilanggar sebuah kereta yang dipandu wanita warga asing dalam kejadian di Jalan Jelutong di sini semalam.

Pada kejadian pukul 10.25 malam itu menyebabkan lelaki berusia 18 tahun maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Difahamkan, mangsa baru selesai makan malam bersama rakannya dan dalam perjalanan pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pemandu berusia 40 tahun yang dalam perjalanan dari Jelutong menghala Gelugor itu dikatakan telah terlanggar mangsa yang berada di sebelah kanan jalan berhampiran sebuah bank.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu tersebut tidak mengalami kecederaan.

“Susulan itu, kita menahan pemandu wanita tersebut untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Abdul Rozak, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita mohon mana-mana saksi yang melihat kejadian tersebut tampil untuk membantu siasatan pihak polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor, Noor Athirah Najihah Bukhari di talian 010 – 405 5142,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here