Mohd Alwi.

GEORGE TOWN – Polis sudah merakamkan keterangan pemandu lori tanah yang terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan dua kanak-kanak cedera parah dalam kejadian di Jalan Besar, Sungai Bakap, Nibong Tebal pada Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, keterangan pemandu berusia 42 tahun itu diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Selain itu kita juga telah melakukan ujian saringan air kencing terhadap pemandu terbabit namun dia bebas daripada pengaruh dadah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kod QR Kesedaran Scam di Bukit Jambul di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Alwi berkata, ketiga-tiga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Kita meminta semua pihak agar memberi ruang dan masa kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tragedi pergi sekolah: Adik putus kaki, abang putus tangan

Media pada Selasa lalu melaporkan dua beradik cedera parah selepas motosikal yang dibonceng mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di susur masuk ke Jalan Besar Sungai Bakap di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Chong Boo Khim berkata, kejadian kira-kira  7.35 pagi itu mengakibatkan mangsa yang berusia tujuh tahun dilaporkan hampir putus tangan kiri manakala adiknya berusia lima tahun putus kaki kanan akibat digilis lori berkenaan.

“Dua beradik lelaki itu menaiki motosikal yang ditunggang neneknya berusia 50 tahun sedang dalam perjalanan ke sekolah, dan wanita berkenaan turut mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

“Mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here