Mayat mangsa ditemui Jalan Subang-Sungai Buloh sebelum stesen minyak Shell Kampung Baru Sungai Buloh, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut dalam kejadian langgar lari di Jalan Subang-Sungai Buloh sebelum stesen minyak Shell Kampung Baru Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan, Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, polis menerima laporan kejadian itu lebih kurang jam 6.15 pagi tadi.

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati mangsa terbabas semasa menunggang motosikal berseorangan menghala balik ke rumah di Manjalara, Kuala Lumpur dari Kota Damansara.

Akibat kejadian itu, mangsa tercampak ke atas jalan dan dilanggar beberapa buah kenderaan menyebabkan dia mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa telah dibawa ke Forensik Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Apj 1987.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat kejadian diminta membantu siasatan dengan berhubung Pegawai Penyiasat Trafik, Insp Che Hassan Ambok di talian 013-394 0423 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh 03-61561222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here