Pohang Steelers. Foto FB Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan menilai aduan Pohang Steelers susulan gangguan menggunakan bunga api pada malam sebelum aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Windsor turut menjelaskan ia kali pertama badan induk itu menerima laporan berhubung insiden bunga api namun laporan sebelum ini adalah membabitkan gangguan dengan hon kenderaan.

“Saya boleh sahkan yang kita sudah menerima laporan daripada Pohang dan akan menilai dokumen terbabit. Jika terdapat pelanggaran undang-undang, jawatankuasa terbabit seperti disiplin dan etika akan mengambil tindakan.

“Kita ada menerima laporan mengenai gangguan bunyi bising sebelum ini – menggunakan hon kenderaan tetapi bunga api dan hon adalah dua perkara berbeza.

“Tetapi pasukan kelab tidak ada kawalan ke atas kawasan umum seperti jalan raya,” kata Windsor.

Terdahulu, pengendali Pohang Steelers, Park Tae Ha mendedahkan pemainnya terganggu dengan gangguan bunga api yang berlaku antara 11 malam hingga lima pagi berdekatan hotel penginapan mereka.

Situasi itu membuatkan Tae Ha kesal namun menegaskan ia bukanlah faktor yang menyebabkan mereka tumbang 2-5 di tangan skuad Harimau Selatan itu.

“Saya ingin ceritakan apa yang berlaku di hotel kami, malam tadi (kelmarin). Ini kerana ada segelintir individu yang bermain bunga api di luar hotel kami menginap untuk mengganggu tidur pemain kami sepanjang malam, ia berlaku antara 11 malam hingga 5 pagi.

“Apa pun, ia bukanlah punca utama kami tumpas dalam perlawanan itu tapi saya perlu hebahkan perkara ini. ACLE adalah pertandingan berprestij, salah satu kejohanan antarabangsa di bawah kalendar Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA).

“Jadi, kita perlu bertanding secara baik dan profesional, perlu menghormati dan memahami lawan. Tak perlu buat provokasi. Saya tidak faham bagaimana perkara ini boleh berlaku,” katanya memetik laporan BH Online di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here