Delegasi Rangkaian Global La Liga di Malaysia, Giorgio Pompili Rossi bercakap semasa sesi sidang media pada Majlis Taklimat La Liga Musim 2019 / 2020 di The Social, Bangsar, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 26 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Giorgio Pompili Rossi sah berpisah dengan badan pengendali itu selepas hanya lima bulan memegang jawatan terbabit.

MFL menerusi satu kenyataan yang mengesahkan status Pompili turut mengumumkan operasi sekretariat MFL akan dikendalikan oleh Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Shazli Shaik Mohd.

“MFL hari ini mengesahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif, Giorgio Pompili Rossi tidak lagi bersama MFL. Kedua-dua pihak kini dalam proses perbincangan untuk tindakan seterusnya.

“Buat sementara ini, operasi sekretariat MFL akan diterajui oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd.,” kata badan pengendali liga itu.

Beliau bukan individu yang asing dalam arena bola sepak Malaysia memandangkan pernah menjadi wakil La Liga Global Network Malaysia sebelum ini.

Karier Rossi di Malaysia bermula selaku Delegasi LaLiga pada tahun 2017 sehingga 2021 apabila beliau membawa peranan penting dalam membangunkan jenama liga Sepanyol. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here