Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang Rabu minggu lalu terjawab apabila bersembunyi di rumah nenek teman lelakinya di Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin di Kluang

KLUANG – Misteri kehilangan seorang remaja perempuan yang selepas keluar dari rumah Rabu minggu lalu terjawab apabila beliau sebenarnya bersembunyi di rumah nenek teman lelakinya di Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin, di sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kehilangan itu dirungkai apabila ibu remaja tersebut, Norita Kasmin membuat laporan penemuan semula Nur Fakhira Dania Zahir, 14, pada pukul 10 malam semalam.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati teman lelakinya menyembunyikan remaja perempuan itu di sebuah rumah di Jalan Kiara, Kampung Dato Abdul Rahman Yassin.

“Remaja berkenaan menyatakan telah keluar dengan teman lelakinya pada malam kejadian dan memberitahu mahu lari dari rumah.

“Susulan itu, lelaki itu membawa ke rumah neneknya di kampung berkenaan dan tinggal selama kira-kira seminggu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bahrin berkata, pemeriksaan awal mendapati remaja perempuan berkenaan ditemui dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada pihak keluarga.

Terdahulu tular penemuan remaja tersebut bersama-sama seorang wanita tua yang sudah bertongkat di kaki Gunung Lambak.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here