Dr.Zakir Naik
Dr. Zakir Naik

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat diberitahu bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah menarik balik larangan berceramah terhadap pendakwah, Dr Zakir Naik.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat ini larangan itu tidak lagi dikuatkuasakan selepas siasatan terhadap dua kenyataan pencerahan itu pada 2019.

“Larangan itu tidak lagi dikuatkuasakan. Sekarang tidak ada lagi larangan itu, merujuk hanya kepada tempoh siasatan terhadap dua kenyataan yang dikeluarkan di Kota Bahru dan Perlis,” katanya ketika ketika menggulung Usul Menjunjung Titah Diraja Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin menjawab pertanyaan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang ingin tahu samada larangan berceramah terhadap Zakir Naik masih berkuatkuasa.

Rayer awal bulan ini menimbulkan persoalan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kemunculan pendakwah bebas itu yang sebelum ini dilarang untuk berceramah di negara ini.

Zakir Naik sebelum ini dilihat berucap dalam Konvensyen Sunnah Antarabangsa Perlis 2025 yang berlangsung pada 24 hingga 26 Januari lalu.

Dalam sesi soal jawab, Zakir didakwa menggesa umat Islam Malaysia untuk lebih giat menyebarkan Islam kepada penganut bukan Islam.

Beliau juga dilaporkan mendakwa rakyat Malaysia tidak sepenuhnya menggunakan undang-undang yang membenarkan penyebaran Islam.

Pada Ogos 2019, polis dilapor mengeluarkan arahan Zakir tidak lagi dibenarkan memberi ceramah di Malaysia atas dasar memelihara keselamatan negara dan keharmonian kaum.

Bagaimanapun, pada Disember 2021, Zakir menafikan perkara itu dan berkata, tiada arahan sedemikian disampaikan kepadanya oleh polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here