Kylian Mbappe. Foto Sky Sports.

MADRID – Penyerang sensasi Real Madrid, Kylian Mbappe muncul wira selepas meledak hatrik bagi memastikan juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu menang 3-1 ke atas Manchester City, awal pagi tadi.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan Los Blancos layak ke pusingan 16 terakhir dengan agregat 6-3 yang menyaksikan pasukan kendalian Pep Guardiola yang kehilangan penyerang utama, Erling Haaland.

City juga berdepan nasib malang apabila tersingkir awal di mana pemegang rekod juara Eropah 15 kali itu jelas mendominasi sepenuhnya aksi di ibu kota Sepanyol sehingga Nico Gonzalez menjaringkan gol sagu hati pada masa kecederaan.

Mbappe kelahiran Perancis membuka tirai jaringan pada minit keempat dan menambah gol kedua sebelum melengkapkan hatriknya pada separuh masa kedua, menjadikan tujuh gol dalam saingan musim ini selepas 10 penampilan.

Mbappe sudah menjaringkan 28 gol musim ini, termasuk 18 gol dalam 18 perlawanan terakhirnya dalam semua kejohanan.

Sementara itu, City, yang muncul juara Eropah pada 2023 terus menampilkan prestasi yo-yo seperti yang sering berlaku sepanjang kempen musim ini.

Haaland, yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan pertama hanya disenaraikan di bangku simpanan selepas dikatakan mengalami kecederaan kecil ketika menentang Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), hujung minggu lalu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here