Mohamad Fakhruddin, Mohamad Fahmi (gambar kecil).

GEORGE TOWN – “Saya reda walaupun secepat ini dia (Mohamad Fahmi Hafiz) meninggalkan kami namun sekurang-kurangnya dia tidak lagi menanggung kesakitan”.

Demikian luah Mohamad Fakhruddin Mohamad Fikri, 35, bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang meninggal dunia selepas bertarung nyawa sejak Selasa lalu akibat tercekik gula-gula gummy berbentuk mata.

Menurut Mohamad Fakhruddin, kali terakhir dia dan isterinya, Nuraini Mohamad Isa, 37, melawat anak sulung mereka semalam sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam.

“Kami beritahu reda jika dia (Mohamad Fahmi) hendak pergi sebelum isteri saya bisik kalimah syahadah di telinganya. Ada air mata bertakung di matanya, dia pergi dalam keadaan cukup tenang seolah-olah sedang tidur,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP).

Tambah Mohamad Fakhruddin, jenazah anak sulungnya itu akan dibawa pulang ke Permatang Binjai, Penaga untuk proses pengebumian selepas urusan bedah siasat selesai pagi ini.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan anak saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kanak-kanak tercekik gula-gula ‘gummy mata’ meninggal dunia

Semalam, MalaysiaGazette melaporkan kanak-kanak yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai tercekik gula-gula ‘gummy mata’, masih belum menunjukkan sebarang perkembangan positif.

Selain itu, polis menasihatkan orang ramai agar tidak mensensasikan kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun tercekik gula-gula kenyal ‘gummy’ berbentuk mata sehingga mengganggu ketenteraman awam dan mempengaruhi siasatan yang sedang dijalankan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here