Saifuddin Shafi

KUALA LUMPUR –Orang ramai diminta tidak menyebarkan video berkaitan insiden cabul seorang budak perempuan yang berlaku di sebuah masjid di Batang Kali, pagi tadi.

Menurut Penyelaras DUN Batang Kali, Saifuddin Shafi Muhammad, tindakan menyebarkan video yang memaparkan wajah kanak-kanak terbabit dan keluarganya boleh menyebabkan trauma yang lebih besar kepada mangsa yang terlibat.

Saifuddin yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor juga menyeru pengguna media sosial, termasuk pemilik akaun peribadi dan portal berita untuk segera memadam sebarang rakaman yang boleh mendedahkan identiti mangsa.

“Saya juga menggesa mana-mana saksi untuk tampil membantu siasatan. Saya yakin pihak polis dari IPD Hulu Selangor akan menjalankan siasatan dengan teliti bagi memastikan keadilan ditegakkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Lelaki Cuba Rogol Kanak-Kanak Di Masjid Sudah Ditahan, Dakwa Ada Kad OKU

Tambahnya, jika terbukti bersalah, tindakan pelaku adalah satu perbuatan keji yang tidak mencerminkan nilai kemanusiaan dan harus dikenakan hukuman setimpal, mengambil kira kesan trauma serta masa depan mangsa.

“Pusat Khidmat ini akan terus bekerjasama dengan IPD Hulu Selangor dalam memperkukuh langkah pencegahan jenayah bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang,” ujarnya.

Polis Selangor mengesahkan sudah menahan seorang lelaki berusia 19 tahun kerana mencabul seorang kanak-kanak perempuan yang sedang solat di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 8.19 pagi dan satu tangkapan dibuat pada tengah hari yang sama.

Beliau berkata, suspek yang tidak bekerja telah ditahan pihak polis dengan bantuan orang ramai.

Kejadian itu berlaku ketika budak perempuan terbabit sedang sujud bersolat Subuh di belakang barisan jemaah wanita.

Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) masjid terbabit kini tersebar di media sosial, memaparkan kejadian itu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here