Dua saksi kanak-kanak dalam perbicaraan kes pengabaian Zayn Rayyan Abdul Matin selesai memberi keterangan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini. Salah seorang saksi turut membuat pengecaman terhadap ibu Zayn, Ismanira Abdul Manaf. Prosiding berlangsung secara tertutup kerana saksi kanak-kanak dikategorikan sebagai saksi terlindung. Perbicaraan akan bersambung pada 11 Mac.