Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan berucap pada Majlis Amanat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia di Auditorium Kompleks E, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 21 FEBRUARI 2025

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) sekiranya terdapat keperluan untuk melaksanakan langkah pencegahan wabak kusta.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang pemakluman daripada KKM berkaitan pelajar yang dijangkiti wabak tersebut.

“Setakat ini KPM belum menerima sebarang permakluman. Jika ada, Insya-Allah kita akan bantu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan 2025/2026 di Auditorium Kompleks E  hari ini.

Penularan wabak kusta dikesan selepas sembilan penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Chergun KOA Guntur disahkan menghidap penyakit kusta pada 2 Januari lalu.

Ia kemudiannya meragut nyawa seorang remaja perempuan berusia 18 tahun pada Selasa lalu manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.

Pejabat Kesihatan Daerah melaksanakan kuarantin di kampung berkenaan, termasuk menutup pusat reakreasi Jeram Tengkek bagi mengelakkan penularan jangkitan. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here