Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR- Malaysia dan Perancis bersedia untuk mempertingkat kerjasama dalam bidang pertahanan, ekonomi dan tenaga selain perdagangan, pelaburan, pelancongan dan kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dicapai menerusi perbualan telefon dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron hari ini.

Tambahnya, beliau turut menyingkap perkembangan hasil pertemuan ketika menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Rio De Janeiro, Brazil pada 19 Nov lepas.

“Saya turut menyatakan penghargaan kepada Macron atas sokongan diberikan terhadap pembangunan semula Gaza ekoran kekejaman rejim zionis Israel sebelum ini.

“Kami juga sepakat untuk mencari jalan penyelesaian isu berkaitan Myanmar dalam mewujudkan keamanan di negara itu menggunakan pendekatan diplomatik yang bersesuaian,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Anwar turut menyatakan kesediaan kerajaan menerima kehadiran Macron dan delegasi ke Malaysia pada Mei ini, dalam usaha meningkatkan lagi hubungan kedua-dua negara.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here