Produk Mr. Noh membuktikan bahawa perniagaan bumiputera mampu menembusi pasaran global dan mencipta nama ke peringkat lebih tinggi.

KUALA LUMPUR – Penyertaan Mr Noh Food Industries (M) Sdn. Bhd., syarikat pengeluar  makanan sejuk beku milik bumiputera yang terkenal dengan produk jenama Otak-Otak Mr. Noh di Singapura berbaloi apabila jualan di sana mencatat jualan luar biasa.

Menurut pengasas syarikat, Mohammad Qashrie Md. Noh, ekspo di negara jiran itu dianggap sebagai lubuk rezeki buatnya mempromosi dan menawarkan produk buatan Malaysia kepada pasaran di negara jiran malah telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Orang-orang Singapura memang gerek seh apabila mereka borong habis otak-otak Mr.Noh yang dijual. Suah rasa sekali, pasti mereka nak lagi sebab ia terbukti keenakan, kerangupan dan kualiti produk standing harga yang ditawarkan.

“Ini membuktikan, kualiti produk tetap menjadi pilihan nombor satu bagi para pelanggan. Itu yang membuatkan sesuatu produk itu laku keras dan orang ramai sanggup beratur untuk mendapatkannya” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di semalam.

Sebelum ini,  tular video dua selebriti yang mendakwa sebuah ekspo di Singapura yang tidak mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat negara sana namun jualan produk Mr Noh Food Industries sebaliknya.

Mohammad Qashrie Md. Noh.

Sementara itu, Otak-Otak Mr. Noh telah mula berada di pasaran tempatan sejak tahun  2022 dan ia mengembangkan pasarannya hingga ke Singapura.

Antara produk keluaran syarikat yang telah mendapat persijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia itu adalah  otak-otak, samosa, karipap, popiah, satar, pepes dan keropok lekor.

“Produk Mr. Noh ini membuktikan bahawa perniagaan bumiputera mampu menembusi pasaran global dan mencipta nama ke peringkat lebih tinggi.

“Kami bercadang untuk mengembangkan perniagaan kepada 1,000 cawangan francais menjelang 2032,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here