Gambar kredit PGA

KOTA BHARU – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad di Jalan Besar Rantau Panjang-Pasir Mas semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan itu dilakukan selepas anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori pada kira-kira 5.30 petang yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dalam Op Taring Wawasan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih 1,000 anak pokok Bromeliad dipercayai diseludup dari Thailand ditemui dalam lori tersebut. Tanaman ini disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit.

“Pemandu lori yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 59 tahun dan dipercayai menjadi penghantar tanaman tersebut ke pasaran tempatan, turut ditahan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan RM 250,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5 dan suspek serta barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya. -BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here