Suspek kes bunuh Norshamira direman di mahkamah Kuantan baru-baru ini. - Gambar fail.

KUANTAN – Tempoh reman seorang lelaki yang ditahan selepas disyaki membunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemui di Jambatan Tanjung Lumpur pada 13 Februari lalu disambung lagi sehingga Jumaat depan.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek berusia 53 tahun itu disambung reman bermula hari ini hingga 28 Februari depan bagi membantu siasatan pihak polis.

“Mahkamah Majistret Kuantan meluluskan permohonan suspek disambung reman pada  21 hingga 28 Februari ini. Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”  katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum itu , suspek pembunuhan peniaga wanita telah ditangkap awal pagi Sabtu 15 Februari lalu selepas ditahan pukul 5.30 pagi di sebuah rumah, kawasan perumahan Wakaf Tembesu, Gong Badak, Kuala Terengganu.

Terdahulu media melaporkan siasatan lanjut mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh Norshamira Zainal, 37, yang ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Februari lalu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

Mayat wanita ditemukan tepi sungai, ada unsur jenayah

Suspek kes bunuh Norshamira dibawa ke lokasi kejadian

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here