Dr Zuhan Mohd Zain

JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (Amanah) Johor mahu penyelesaian hubungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini dilakukan sebelum pilihan raya negeri PRN dan pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Naib Pengerusi Amanah Johor, Dr Zuhan Mohd Zain berkata, isu pembahagian kerusi menjadi perhatian awal pihaknya dalam mengadakan rundingan dengan gabungan parti dalam kerajaan Perpaduan.

Jelas beliau yang juga Ketua Amanah Kawasan Kluang, isu itu merupakan agenda utama berhadapan dengan PRN dan PRU.

Selain itu kata beliau, pihaknya juga sudah merangka  beberapa perancangan bagi memperkuatkan gerak kerja memfokuskan agenda lain di negeri ini.

“Agenda yang akan dibawa adalah memperkasakan serta menyampaikan hasrat kerajaan Perpaduan yang masih kurang mendapat sambutan yang memberangsangkan di negeri ini.

“Parti Amanah Johor juga berpendirian bahawa kelemahan tiada wujudnya kerajaan Perpaduan di negeri ini bukanlah suatu yang menghalang daripada membawa agenda kerajaan Madani disampaikan kepada seluruh rakyat di negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros dilaporkan menyarankan BN berganding bahu dengan PH dalam pilihan raya akan datang kerana yakin boleh menang lebih banyak kerusi.

Pada 10 Februari lalu, Exco Pemuda Amanah Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda bersetuju dengan saranan itu namun berpendapat wajar dimulakan dengan memberi ruang kepada PH Johor untuk berperanan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Fadhli Umar berkata, langkah berkenaan dilihat dapat mengukuhkan agenda kerjasama antara dua gabungan parti politik berkenaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here