KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selamat tiba ke tanah air hari ini selepas menjalani rawatan di luar negara.
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pukul 7 pagi, menurut laporan media sosialnya.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Zailani Hashim, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini
serta pegawai-pegawai Istana Negara.
Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang menitipkan doa buat kesihatan Seri Paduka Baginda. – MalaysiaGazette