Muhammad Kamil Abdul Munim

KUANTAN – Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pahang menyokong Timbalan Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim sebagai Ketua AMK Malaysia dalam pemilihan tahun 2025 yang akan datang.

Menerusi kenyataan media oleh Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN Negeri Pahang hari ini,  Kamil Munim dianggap calon terbaik bagi menduduki kerusi Ketua AMK Malaysia.

“Kami yakin bahawa Kamil Munim adalah calon yang mampu memimpin dengan integriti dan semangat juang yang tinggi.

“Kepimpinan dan visi beliau diyakini mampu membawa AMK ke tahap yang lebih dinamik serta memastikan perjuangan hak rakyat terutamanya generasi muda terus relevan,” katanya.

Barisan kepimpinan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pahang.

AMK Pahang  turut menegaskan kepimpinan berwibawa dan berani amat penting dalam memastikan hala tuju AMK kekal progresif dan relevan dengan tuntutan semasa.

Pihaknya menyokong penuh kepimpinan yang mampu menghadapi cabaran politik negara dengan dinamik dan mantap. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here