Home Utama Bas tanpa pemandu rempuh kedai makan, wanita cedera

Bas tanpa pemandu rempuh kedai makan, wanita cedera

 

KUALA KANGSAR – Seorang wanita berusia 51 tahun cedera selepas sebuah bas tanpa pemandu bergerak sendiri bergerak sendiri merempuh sebuah kedai makan di Jalan Daeng Selili, dekat sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu daripada orang awam pada jam 10.30 pagi.

Katanya, hasil maklumat awal mendapati kejadian itu berlaku apabila sebuah bas yang berhenti di bahu jalan berhadapan Pejabat Pos Kuala Kangsar tiba-tiba bergerak tanpa kawalan.

“Bas tanpa pemandu itu kemudian melanggar sebuah kereta dan bangunan kedai makan di sebelah kanan jalan.

“Mangsa yang sedang minum di kedai makan tersebut mengalami kecederaan pada betis akibat terkena serpihan batu daripada struktur bangunan yang dilanggar.

“Kecederaan yang dialami susulan bas yang bergerak sendiri itu mengakibat wanita berkenaan mengalami bengkak pada bahagian betis,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Heisham berkata, bagaimanapun dalam insiden itu pemandu bas, pemilik kereta yang dilanggar serta pekerja kedai makan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelas beliau, kes berkenaan sedang di siasat di bawah Peraturan 14 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 14 LN 166/59).

“Pihak polis meminta bantuan kepada orang ramai yang menyaksikan kejadian itu untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes di talian 012-2712335 atau talian 05-7762222,” katanya lagi.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 28 saat memaparkan sebuah bas merempuh sebuah kedai dengan struktur bangunan runtuh di Pekan Kuala Kangar. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here