KUALA LUMPUR – Dakwaan yang mengatakan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) akan menghapuskan kaum Melayu serta golongan B40 dan M40 secara halusĀ tidak benar.
Sebaliknya menurut Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Dr. Alias Rameli, RUU berasaskan kepada 10 prinsip itu mengutamakan ketelusan pentadbiran kerajaan dan jaminan mengekalkan hak-hak yang dinikmati pemilik hartanah berdaftar.
Dalam masa yang sama, pindaannya itu tidak akan mengakibatkan pindaan kepada akta-akta lain dalam iaitu Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tanah Negara (Akta 828) dan Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486).
Sebaliknya, jelas Alias, RUU itu akan melengkapi tersebut dan mempunyai peruntukan tambahan bagi menjaga hak dan kepentingan pemilik dan pemunya hartanah sedia ada.
“Antara prinsip utama PSB adalah mendapatkan persetujuan pemilik, pengekalan penduduk asal dan menjaga kepentingan pemilik tanah dan penyelarasan kos caj penyelenggaraan yang wajar,” katanya menerusi kenyataan.
Jelas Alias, KPKT telah membuat membuat kajian kepada lebih 17 akta berkaitan pembangunan hartanah termasuklah akta-akta yang disebut bagi mengelakkan pertindihan dan percanggahan dari sudut perundangan.
Tambahnya, keputusan membiarkan bangunan-bangunan lama kekal usang dengan kemudahan dan infrastruktur yang daif dan tidak berkualiti bukan satu pilihan dalam tatakelola dan pengurusan bandar yang berkesan.
“Kementerian telah pun membuat kajian kepada lebih 17 akta berkaitan pembangunan hartanah termasuklah akta-akta yang disebut bagi mengelakkan pertindihan dan percanggahan dari sudut perundangan.
“Dari sudut amalan perancangan bandar di seluruh dunia, pembaharuan semula bandar telah diiktiraf sebagai kaedah yang paling sesuai bagi menyelesaikan isu-isu dan kemaslahatan perbandaran, kewujudan bangunan lama yang usang dan tidak selamat diduduki,” tambahnya.
Beliau turut menafikan dakwaan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) tidak bersetuju dengan penggubalan RUU URA.
JKPTG melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah bersetuju secara prinsip terhadap cadangan tersebut menerusi Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Ogos tahun lalu.
Terdahulu, Alias menyifatkan memorandum bantahan RUU URA oleh 31 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu-Islam kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin mewakili Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini akan membantutkan proses penggubalannya yang dirangka demi kepentingan dan manfaat rakyat khususnya kepada komuniti dan pemilik hartanah yang usang di kawasan bandar.
Sebelum ini Ahli Parlimen PN dalam satu sidang media di Dewan Rakyat mendakwa penggubalan RUU itu dibuat secara tergesa-gesa. – MalaysiaGazette
Ko tak mnjawab soalan yg basic..kenapa pengambilan tanah hanya memerlulan persetujuan 80% penduduk sahaja dan bukannya 100% seperti sedia ada…apa justifikasi Nga Kor Ming?? Apa akan jadi kpd 20% owner tu??? benda simple jaa pun ko berbelit2