Kredit : Fb Tentera Laut Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR – Dua kapal Tentera Laut Republik Islam Iran tiba di Pelabuhan Klang, Selangor semalam untuk lawatan operasi, menjadikan ia aset tentera laut pertama negara itu tiba di Malaysia.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam hantaran di media sosial memaklumkan dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.

“Pengarah Pembangunan Sumber Manusia Kepten Erman Shahril Adlan telah mengetuai delegasi TLDM menyambut ketibaan kedua-dua kapal tersebut dengan iringan Pancaragam Pusat TLDM. Turut hadir Duta Besar Iran ke Malaysia Valiollah Mohammadi Nasrabadi,” menurut hantaran itu.

Hantaran itu memaklumkan Erman serta delegasi daripada TLDM telah melawat kedua-dua kapal berkenaan dalam sesi meet and greet.

“Lawatan ini melakar satu catatan sejarah yang akan menjadi antara asas kepada pengukuhan hubungan dua hala TLDM dan Tentera Laut Republik Islam Iran pada masa hadapan,” menurut hantaran itu. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here