Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Dr Fuziah Salleh melakukan pemeriksaan di semua peringkat rantaian bekalan meliputi pengimport, pemborong dan peruncit di sekitar pemborong dan pasaraya di sekitar Kuching, Sarawak, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerahkan dua Notis Bertulis (NB) kepada pengimport, pemborong dan peruncit ketika melakukan pemeriksaan di premis dan pasaraya, di sini, hari ini.

Timbalan Menterinya, Dr Fuziah Salleh berkata, ia bagi mendapatkan maklumat harga barang, kos, dan harga jualan semasa melibatkan Bawang Kuning (Holland) China, Bawang Besar Merah India, Bawang Putih.

“Tiga barang SKU ini, kita nak pastikan tiada mana-mana pihak yang cuba mengambil keuntungan tidak munasabah.

“Ia bagi memastikan keberadaan bekalan barang keperluan pada harga munasabah sempena kedatangan Ramadan dan perayaan Hari Raya Puasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Dr Fuziah Salleh melakukan pemeriksaan di semua peringkat rantaian bekalan meliputi pengimport, pemborong dan peruncit di sekitar pemborong dan pasaraya di sekitar Kuching, Sarawak, hari ini.

Terdahulu beliau bersama pegawai penguat kuasa KPDN Sarawak melakukan pemeriksaan di semua peringkat rantaian bekalan meliputi pengimport, pemborong dan peruncit.

Ia melibatkan barang keperluan Ramadan seperti Bawang Besar Kuning, Bawang Besar Merah Import, Bawang Putih (China), Halia Tua Import, Tomato, dan Ubi Kentang Import (China).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Dr Fuziah Salleh melakukan pemeriksaan barang keperluan menjelang Ramadan dan Hari Raya Puasa di sebuah pasaraya di sekitar Kuching, Sarawak, hari ini.

Selain itu, Fuziah juga berkata, langkah itu untuk mengawal peningkatan harga barang dan caj perkhidmatan khususnya ketika musim perayaan.

“KPDN secara proaktif melaksanakan pemeriksaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta Akta Timbang dan Sukat 1972.

“Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan untuk mencatut atau membuat kenaikan harga tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

“Usaha ini dilakukan melalui beberapa operasi yang kita laksanakan sebelum, semasa dan selepas musim perayaan,” katanya.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Dr Fuziah Salleh melakukan pemeriksaan barang keperluan menjelang Ramadan dan Hari Raya Puasa di sebuah pasaraya di sekitar Kuching, Sarawak, hari ini.

Beliau juga berakta, pemeriksaan turut dijalankan bagi memastikan pematuhan penandaan harga barang dan penggunaan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan di peringkat pengimport, pemborong dan peruncit.

“Penandaan tanda harga jelas hendaklah dipatuhi dan penggunaan alat timbang untuk tujuan perdagangan hendaklah masih dalam tempoh sah penentusahan.

“Langkah itu selari dengan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta Akta Timbang dan Sukat 1972.

Katanya lagi, KPDN amat serius dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang yang boleh mengganggu bekalan barangan keperluan dan kesejahteraan rakyat.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat dalam sebarang aktiviti penyelewengan.

“Kerajaan Madani sentiasa mengutamakan pendekatan Whole Nation Approach di mana inisiatif bersama yang inklusif melibatkan Kerajaan, agensi penguatkuasaan dan pengguna.

“Pengguna adalah yang terdekat dengan peniaga dan sesuatu yang berlaku cepat dihidu oleh dan memberi kesan kepada pengguna.

“Pengguna disarankan menjadi mata dan telinga untuk menyalurkan maklumat berhubung aktiviti penyelewengan, ketirisan, penyeludupan, manipulasi, penipuan dan kartel barang kawalan dan bersubsidi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here