HULU SELANGOR – Polis menasihatkan oramg ramai agar menghentikan penyebaran video berhubung insiden seorang kanak-kanak perempuan dicabul seorang lelaki di sebuah masjid di Batang Kali awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahnad Faizal Tahrim berkata, penularan video dalam kejadian 6.30 pagi itu boleh mengganggu siasatan.
“Pihak polis menasihatkan kepada orang ramai supaya menghentikan penyebaran video yang tular. Ini kerana ia akan menganggu proses penyiasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, media melaporkan lelaki berusia 19 tahun yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan ketika menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di Batang Kali direman tujuh hari hingga 28 Februari ini.
Lelaki warga tempatan itu direman mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurul Izzah Hasan Basir.
Terdahulu suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu diiringi polis tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, di sini, kira-kira 10.30 pagi hari ini.
Ahmad Faizal berkata, polis sedang melengkapkan kertas siasatan danmengumpulkan keterangan berkaitan kes ini.
Selain itu katanya, polis juga dalam prosesuntuk mendapatkan pengesahan tahap kesihatan suspek.
“Polis tengah berusaha mendapatkan pengesahan kesihatan lelaki itu daripada jabatan-jabatan berkaitan,” katanya lagi.- MalaysiaGazette