Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi.

Bagaimanapun menurut presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, parti itu menyerahkan keputusan muktamad dibuat menerusi mesyuarat Perikatan Nasional (PN).

“Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi PRN Sabah; Setiausaha agung, Wong Chia Zhen akan bertolak ke Sabah bagi persiapan kempen-kempen yang akan datang,” katanya menerusi sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat parti itu hari ini.

Tambah Dominic, Gerakan Sabah akan mengetuai strategi PRN Sabah.

Terdahulu, beliau berkata, Gerakan menerusi mesyaurat tersebut bersetuju untuk mengambil langkah-langkah penstrukturan semula, bagi tujuan menambah baik efisiensi organisasi parti.

“Dalam penstrukturan semula, antara langkah pertama adalah perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim, Wong Chia Zhen sebagai Setiausaha Agung, manakala Chai Ko Thing dilantik sebagai timbalan.

“Pengerusi Melaka, Datuk Michael Gan dilantik sebagai Naib Pengerusi nasional,” jelasnya.

Selain itu , katanya, biro parti itu dikurangkan daripada 14 kepada 10 manakala sebanyak badan bertindak dikurangkan kepada lima.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here