KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal gagal dalam cubaan merebut jawatan Ketua Bersatu Machang pada pemilihan yang berlangsung hari ini.
Dalam pertembungan dua penjuru, Wan Ahmad Fayhsal kalah kepada Ab Halim @ Kamaruddin Ab Kadir.
Wan Ahmad Fayhsal memperoleh 26 undi daripada perwakilan, manakala Kamaruddin mendapat 103 undi.
Pemilihan bahagian Machang itu diadakan selepas digantung pada November lalu.
Antara tiga bahagian Bersatu Kelantan yang digantung pada November adalah Jeli, Gua Musang dan Machang.- MalaysiaGazette