Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Alamanda Berwajah Baharu di Pusat membeli belah Alamanda, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 22 FEBRUARI 2025.

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dijadualkan melawat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Perdana Menteri menjelaskan, terdapat kematian keluarga dan beliau terpaksa bergegas bagi menziarahi jenazah.

“Saya ada kematian keluarga. Saya kena bergegas.

“Hari ini tidak (melawat Ismail Sabri),” katanya menjawab pertanyaan media sama ada akan melawat Ismail Sabri.

Ismail Sabri dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah secara tiba-tiba pada tengah malam Sabtu.

Perkara ini disahkan anak beliau, Nashriq yang memaklumkan bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi semalam selepas rebah di kediamannya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan doa agar Ismail Sabri segera sembuh.

Menerusi kenyataan di X, Ahmad Zahid berharap urusan rawatan Ismail Sabri dipermudahkan dan beliau kembali sihat seperti sedia kala. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here