Polis menjalankan pemeriksaan pernafasan dalam Ops Mabuk sekitar bandar Kluang tengah malam tadi.

KLUANG – Polis menahan empat lelaki kerana memandu bawah pengaruh alkohol dalam Ops Mabuk di bandar ini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pemandu berusia 25 hingga 56 tahun ditahan selepas pemeriksaan melalui ujian pernafasan melebihi kadar dibenarkan iaitu 50mg/100ml.

“Operasi yang dijalankan di sekitar bandar Kluang juga berjaya membuat pemeriksaan keatas 23 orang individi serta 20 buah kenderaan.

“Hasil daripada operasi itu, sebanyak lapan keping saman Polis DiRaja Malaysia (PDRM) (K) 257 atas pelbagai kesalahan Trafik.

“Empat pemandu yang ditahan atas kesalahan memandu bawah pengaruh alkohol dikenakan reman dua hari bernula hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semua mereka ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan akan disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) yang membawa hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara dua tahun serta hilang kelayakkan lesen memandu selama dua tahun jika sabit kesalahan.

“Operasi seperti ini akan terus diadakan pada masa-masa akan datang bagi memastikan keselamatan pengguna jalan yang lain,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here