Chow Kon Yeow.

BUTTERWORTH – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, mengesahkan beliau akan mempertahankan jawantanya sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada pemilihan parti bulan depan.

Kon Yeow yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan berkata, beliau telah menjadi ahli CEC sejak tahun 2001 dan sekali lagi dicalonkan dalam pemilihan kali ini.

“Saya mengesahkan saya akan bertanding dalam pemilihan CEC. Saya sudah menjadi ahli sejak 2001 dan kali ini saya dicalonkan semula. Tidak seperti pemilihan negeri yang lepas, saya tidak menarik diri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Loji Penyahairan di Loki Rawatan Air (LRA) Sungai Dua di sini, hari ini.

Mengulas lanjut berkenaan pencalonannya dalam pemilihan CEC, Kon Yeow menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui jumlah pencalonan yang diterima kerana segala urusan pencalonan dikendalikan oleh DAP Pusat.

Namun begitu, beliau percaya ada peluang untuk mempertahankan jawatannya dalam CEC selepas beberapa pemimpin kanan parti memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding.

“Sebab beberapa pemimpin kanan telah tarik diri dan saya percaya ada ruang-ruang tertentu,” katanya.

Pemilihan CEC akan diadakan pada 16 Mac ini sempena Kongres Kebangsaan Parti DAP ke-18 dengan menyaksikan seramai 30 calon bakal mengisi tempat berkenaan.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here