Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (tengah) selepas menamatkan larian bagi kategori 3KM dalam Larian ASEAN@MOF di Dataran Wawasan, Putrajaya, pagi ini.

PUTRAJAYA – Larian ASEAN @MOF anjuran Kementerian Kewangan (MOF) diadakan bersempena Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 serta menarik minat masyarakat untuk memperkukuh semangat kebersamaan sesama rakyat.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai ASEAN, termasuk peranannya dalam memperkukuhkan ekonomi negara.

“Tahun ini Malaysia mempengerusikan ASEAN, jadi rakyat perlu tahu apa itu ASEAN dan mengapa ia penting serta bagaimana ia membantu ekonomi serta kestabilan negara.

“Larian ini juga menyokong amalan hidup sihat, seiring dengan dengan nilai MADANI kesejahteraan yang menekankan keseimbangan dalam kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Larian ASEAN: Trek Kewangan@MOF di Dataran Wawasan Putrajaya, pagi ini.

“Selain mengenalkan ASEAN, kita juga mahu rakyat menjadi lebih sihat.

“Mereka boleh menderma darah, menjalani pemeriksaan kesihatan dan menjaga kesihatan diri apabila melawat reruai pameran di sini,” tambahnya.

Seramai 3,700 orang menyertai larian itu dan Amir Hamzah menyertai kategori 3KM bersama pengurusan tertinggi Kementerian Kewangan (MOF) yang lain.

Larian ASEAN @MOF bukan sahaja mengukuhkan kesedaran mengenai ASEAN tetapi turut menyemarakkan perpaduan dan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta.

Acara ini menjadi platform penting dalam menyemarakkan sambutan Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here