KUALA LUMPUR – Jika anda seorang penggemar makanan laut, anda boleh menikmati pakej Ramadan Buffet di semua cawangan Ombak Kitchen pada bulan Ramadan ini.
Pada Ramadan kali ini lebih istimewa, restoran yang terkenal dengan Ketam Raja Alaska dan pengalaman makan santai itu menawarkan pelbagai hidangan makanan laut segar berkualiti tinggi.
Ini kerana Ombak Kitchen menawarkan aneka pilihan makanan laut yang segar setiap hari dan setiap menu dimasak dengan teliti bagi mengekalkan kualiti terbaik.
Pengurus restoran berkenaan, Shahril Anuar berkata, pelanggan akan disajikan Semi Bufet Seafood on Ice dengan Kombo Seafood Premium di mana mereka berpeluang menikmati hidangan yang bukan sahaja enak tetapi juga berbaloi.

“Ombak Kitchen menyediakan Semi Bufet Seafood on Ice yang menampilkan pelbagai jenis makanan laut seperti ketam, udang, kupang, sotong dan oyster (tiram).
“Dua pilihan set utama iaitu Set PMX (RM99 seorang) dan Set BOSSKU (RM129 seorang), masing-masing dilengkapi dengan hidangan istimewa.

“Sementara Set PMX hadir dengan hidangan Fresh Mud Crab Plated yang boleh dinikmati bersama pilihan sos istimewa seperti Signature Cajun, Singapore Chili Crab atau Black Pepper Sauce, Set BOSSKU pula menawarkan pengalaman lebih mewah dengan tambahan Lobster Thermidor yang menjadi tarikan utama pelanggan,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Menurut Shahril, selain hidangan utama, pelanggan juga dapat menikmati pelbagai pilihan makanan lain termasuk pelbagai jenis pembuka selera seperti Korean Chicken Wing, Baked Cheese Oyster, Chicken Spaghetti Bolognese serta Garden Salad dengan Thousand Island Dressing dan Honey Mustard Dressing.
Tidak terhad kepada makanan laut, Ombak Kitchen turut menawarkan pencuci mulut seperti Chocolate Dip with Mixed Fruits, seleksi kuih-muih tradisional serta minuman panas dan sejuk tanpa had menjadikan pengalaman berbuka lebih lengkap dan memuaskan.
Ketua Cef Ombak Kitchen, Cef Muhamad Izwan pula berkata, setiap hidangan disajikan kepada para pelanggan diperoleh daripada bahan-bahan terpilih yang dibekalkan oleh pembekal yang dipercayai.

“Kesegaran makanan laut adalah keutamaan kami dan setiap bahan yang diterima terus disimpan dan dimasak dengan cara yang terbaik untuk mengekalkan rasa aslinya.
“Setiap makanan yang kami hidangkan melalui proses pemilihan yang ketat. Kami hanya menerima bekalan terbaik daripada pembekal yang dipercayai bagi memastikan setiap hidangan menepati standard kualiti tinggi yang kami tetapkan,” katanya.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati sajian istimewa di Ombak Kitchen sepanjang bulan Ramadan ini di cawangan sedia ada di Bukit Jelutong, Bangsar, IOI City Mall Putrajaya serta di Setapak, dikenali sebagai Ombak Kitchen The Palette @ The Ark, Setapak.
Tempahan awal amat digalakkan bagi mengelak kekecewaan kerana tempat duduk adalah terhad.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi 010-216 5946 atau layari laman web rasmi Ombak Kitchen di www.ombakkitchen.my. – MalaysiaGazette