Dr Loga Bala dalam Majlis Sambutan Pesta Ponggal di Dewan Serbaguna Taman Delima, Kluang, hari ini.

KLUANG – Parti Progresif Penduduk (PPP) akan berganding dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Presidennya, Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, langkah tersebut bagi memperkuatkan lagi gabungan berkenaan.

Jelas beliau, pihaknya sedang melakukan perbincangan ke arah itu dan yakin akan dapat bersama-sama dalam gabungan berkenaan nanti.

“Kita akan memberikan penerangan di peringkat akar umbi, ini terus dilaksanakan sebaik mendapat lampu hijau selepas perbincangan dilakukan nanti.

“PPP tidak pernah meninggalkan BN dan oleh sebab itu parti ini akan sentiasa bersama-sama dalam apa juga keadaan khususnya ketika menghadapi PRN ke 16 nanti.

“Dengan adanya 320 cawangan dengan keseluruhan kira-kira 28,800 ahli, kita yakin dapat membantu BN mengekalkan kuasa pentadbiran negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepasa pemberita ketika ditemui dalam Majlis Sambutan Pesta Ponggal anjuran PPP Bahagian Kluang di Dewan Serbaguna Taman Delima, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Loga mencadangkan satu akta berkaitan kawalan harga terhadap barang-barang keperluan asas bagi memastikan kenaikkan harga dapat dikawal.

Ujarnya, barang-barang seperti gula, beras putih tempatan, minyak dan banyak lagi perlu ada akta seperti ini agar rakyat khususnya golongan B40 tidak terkesan akibat daripada kenaikkan harga tanpa kawalan.

“Jika ini dapat dilakukan, ia jelas menampakkan keperihatinan kerajaan dalam membela nasib rakyat,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here