KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) telah menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman ke atas mereka di Mahkamah Putrajaya, hari ini.
Menurut sumber, perintah reman selama lima hari bermula Jumaat lalu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha untuk tiga individu manakala seorang lagi direman selama tiga hari dan dilepaskan hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki Ketika dihubungi mengesahkan perkara itu disiasat di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.
“Kami memohon agar pihak SPRM diberikan ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi,” katanya. – MalaysiaGazette
Sejak bila suruhanjaya pilihanraya boleh tahan reman orang? Editor ngan penulis ngantuk sgt kot..