BAITULMAQDIS – Seorang tahanan Israel mencium kepala dua pejuang kumpulan Hamas semasa pertukaran tahanan di tengah Gaza.
Rakaman video yang tersebar meluas itu menggambarkan layanan baik diterima daripada sayap ketenteraan kumpulan tersebut, Briged Al-Qassam semasa beliau ditahan.
Rangkaian televisyen Israel, Channel 12 melaporkan ‘adengan tahanan Israel, Omar Shem-Tov mencium kepala pejuang-pejuang Al-Qassam mencetuskan perbincangan di media sosial dan media Arab yang mana perkara itu diabaikan media Israel.
Sementara itu, akhbar Israel, Maariv menyifatkan tindakan Shem-Tov sebagai ‘menakjubkan dan langkah bijak’ yang menyebabkan kumpulan Hamas terkejut.
Sebaliknya, Perkhidmatan Penjara Israel menyiarkan gambar tahanan Israel yang dibebaskan dipaksa memakai baju dengan perkataan: ‘Saya akan memburu musuh saya dan memintas mereka, saya tidak akan berpatah balik sehingga mereka musnah’.
Tindakan itu dilihat sebagai ancamanan untuk memburu dan membunuh bekas tahanan Palestin.
Pada insiden sama, Pejuang Palestin mengutuk langkah pihak berkuasa penjara Israel itu dan menyifatkan sebagai pencabulan undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.
Pada ketika itu, kumpulan Palestin turut mengkritik Israel kerana memaksa tahanan yang dinbebaskan memakai pakaian yang tertera perkataan: ‘Kami tidak lupa, kami tidak memafkan’.
Terdahulu pejuang Palestin di Gaza menyerahkan enam tahanan Israel kepada Jawatankuasa Antarabangsa Palang merah (ICRC) sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan kumpulan ketujuh fasa pertama.
Penyerahan tersebut menyaksikan pembebasan Shem-Tov dan Omer Wenkert. – Agensi