Perjanjian kerjasama ini disaksikan oleh DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor. (Dari kiri) Mohamad Naifuddin Bujang Mohidin, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama BA Group; Dato’ Lion Peh, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama BA Group; Dato’ Seri Yeoh Seok Hong, Pengarah Urusan YTL Communications dan YTL Power; serta Yeoh Keong Ren, Ketua Pegawai Pemasaran YTL Communications.

KUALA LUMPUR – Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd, anak syarikat YTL Power International Berhad telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber optik generasi baharu.

Dalam satu kenyataan bersama, majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Kerjasama ini bertujuan memenuhi permintaan tinggi terhadap sambungan internet berkelajuan tinggi serta perkhidmatan data yang lebih cekap sekali gus menjadikan Malaysia peneraju utama ekonomi digital di rantau ini.

Ujarnya, pembangunan rangkaian fiber optik yang bersatu ini akan meningkatkan keupayaan penghantaran data, mengurangkan pertindihan infrastruktur serta menjimatkan kos bagi penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Dengan kepakaran YTL Communications dalam pembangunan infrastruktur berskala besar serta keupayaan teknologi terkini BA Group, usaha itu bakal menetapkan penanda aras baharu dalam industri data.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bersama BA Group, Datuk Lion Peh, kerjasama yang sama adalah langkah penting dalam usaha kami untuk merevolusikan landskap telekomunikasi di Malaysia.

“Infrastruktur fiber optik bersama ini akan meningkatkan kecekapan perkhidmatan data dan meletakkan Malaysia sebagai kuasa digital di Asia Tenggara,” katanya dalam kenyataan.

Manakala Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama BA Group, Datuk Seri Yeoh Seok Hong pula berkata, Johor merupakan hab utama pusat data dan usaha sama ini akan memperkukuh tulang belakang fiber optik bagi merealisasikan ekonomi digital baharu.

“Kami komited untuk membawa sambungan internet yang pantas dan stabil bukan sahaja di Johor, tetapi ke seluruh negara dan peringkat global,” ujarnya.

Difahamkan, pembangunan infrastruktur fiber ini dijadual bermula pada suku pertama 2025 dan akan meliputi kawasan utama di Johor termasuk kawasan yang kurang mendapat liputan.

BA Group dan YTL Communications yakin bahawa usaha sama ini akan membuka peluang ekonomi yang lebih luas dan mempercepatkan agenda transformasi digital Malaysia. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here