Dua pekerja kilang dipercayai rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran di sebuah kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Tangga Batu, Melaka pagi tadi.

MELAKA – Dua pekerja kilang dipercayai rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran di sebuah kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Tangga Batu di sini pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I Roslan Manas berkata, dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, identiti dua pekerja warga Bangladesh rentung belum dikenal pasti kerana masih terperangkap bilik transformer berkeluasan 20 x 50 kaki persegi itu.

Bagaimanapun dua lagi pekerja Bangladesh yang melecur masing-masing dianggarkan berusia 30-an.

“Kami menerima menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.08 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu dan dibantu BBP Cheng dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Dua lelaki warga Bangladesh yang berjaya dikeluarkan mengalami kecederaan melecur manakala dua lagi
rentung.

“Mayat kedua-dua lelaki Bangladesh itu belum dapat dikeluarkan kerana api masih marak dan kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kebakaran di bahagian atas bangunan dua tingkat itu menyebabkan kira-kira 40 peratus daripada bilik transformer berkeluasan 20×50 kaki persegi musnah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here