Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari.

KUALA LUMPUR – Jumlah permohonan pelajar ke Maktab Tentera Diraja (MTD) meningkat tahun ini meskipun terdapat dakwaan kes buli di maktab berkenaan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, sebanyak 3,990 permohonan diterima pada 2025 sedangkan hanya 260 pelajar sahaja yang ingin diambil setiap tahun.

“Sebenarnya keyakinan rakyat Malaysia sangat tinggi, pada 2024 kita lihat ibu bapa cuba untuk dapatkan ruang untuk anak-anak mereka di (MTD) sebanyak 2,200 pada 2024 permohonan yang diterima sedangkan pengambilan 260 orang sahaja.

“Pada 2025 pula, walaupun pelbagai isu (termasuk buli) dibangkitkan tetapi di Maktab Tentera Diraja kita ada disiplin yang tersendiri dan keyakinan  oleh (ibu bapa dan pemohon) itu sendiri kalau kita lihat pada tahun ini meningkat kepada 3,990 permohonan walaupun pengambilannya 260 orang.

“Sebab itu kalau lihat maktab ini kalau nak masuk prosesnya dan kewibawaan seorang pelajar akan diambil dalam semua aspek bukan sahaja pendidikan tetapi kokurikulum juga dinilai  termasuk sikap  dan keupayaan mereka,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Dr. Halimah Ali (PN-Kapar) yang meminta kerajaan menjelaskan adakah penilaian daripada segi perwatakan akan dibuat sebelum mengambil pelajar memasuki MTD dalam usaha membendung isu buli di institusi itu.

Pada masa yang sama, Adly turut menegaskan, siasatan akan dilaksanakan dan tindakan akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kejadian buli termasuk pegawai yang cuba menyembunyikan kesalahan tersebut.

Katanya, tindakan tegas termasuk membuang pelajar juga akan dikenakan dan  ia  sudah dijelaskan dalam peratusan di intitusi pendidikan berkenaan.

“Tidak sepatutnya ada tindakan fizikal dari anggota atau perlajar  kita di (MTD),tindakan disiplin akan diambil sama ada diantara pelajar dan pelajar mahupun jurulatih dan seumpanaya, bukan sahaja aspek pembulian kalau kita lihat ada pelbagai isu disiplin kita ambil kira sebab itu kalau lihat kita sebolah tak mahu pembulian berlaku.

“Dalam kes buli bukan sahaja tindakan tegas daripada kita  tetapi pembuli juga harus terima hakikat mereka juga akan berdepan dengan tindakan undang-undang negara,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Adly berkata, antara usaha yang telah dilakukan dalam  membendung kejadian buli di MTD  termasuk melakukan pengasingan blok penginapan, jurulatih akan melaksanakan rondaan berkala selepas pukul 11 malam termasuk menambah kamera litar tertutup di kawasan peginapan.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa bekas pelajar beserta ibu bapa membuat pendedahan dengan mendakwa dibuli dan didenda secara keterlaluan oleh senior tingkatan Lima.

Dakwa pengadu, dia dipaksa melakukan denda commando rest sambil muka dilemaskan dalam baldi berisi air bukan niat bergurau sebaliknya mahu membunuh. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here