PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUCHING – Seorang lelaki tempatan maut selepas dihempap dinding dan atap konkrit stor yang sedang dirobohkan di Jalan Tan Sri Ong Kee Hui, Central Timur, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian oleh orang awam pada 10.08 pagi dan mangsa yang berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat,” katanya sambil menambah, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Mohd Farhan menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan gambar mangsa demi menjaga sensitiviti keluarga selain diminta tidak membuat spekulasi berkaitan kejadian itu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here