Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan.

KUALA LUMPUR – Program Payung Rahmah bukan sekadar kawalan harga tetapi merupakan strategi menyeluruh untuk memperkasa ekonomi rakyat melalui peningkatkan kemahiran dan peluang pekerjaan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ini bukan sahaja mengenai harga barangan lebih murah tetapi memberi tumpuan untuk meningkatkan tahap kemahiran rakyat.

“Dengan lebih banyak latihan TVET, kita memastikan tenaga kerja menikmati gaji lebih tinggi dan mengurangkan kebergantungan kepada subsidi.

“Sebagai langkah menyokong kebolehpasaran pekerja mahir, kerajaan telah menetapkan gaji minimum bagi graduan TVET antara RM3,000 hingga RM4,000.

“Langkah ini diyakini akan meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan serta mengurangkan keperluan terhadap subsidi jangka panjang,” katanya dalam Bicara Naratif Ekonomi Madani Meningkat Kesejahteraan Rakyat, malam ini.

Selain itu, kerajaan turut memperuntukkan lebih RM1 bilion untuk membantu golongan OKU dan anak-anak autistik.

“Bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) juga dipertingkatkan untuk memastikan kesejahteraan mereka.

“Kita bukan hanya mahu meringankan beban rakyat dalam jangka pendek tetapi juga memastikan mereka mempunyai masa depan yang lebih baik melalui kemahiran yang sesuai dengan keperluan pasaran,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here