Gambar Hiasan

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang penolong jurutera sebuah universiti awam kerana kesalahan salah guna kuasa babit projek lebih RM13 juta.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 44 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 7 petang tadi di Pejabat SPRM Johor di sini.

Difahamkan, suspek telah menggunakan kuasa dan kedudukannya sebagai wakil universiti bagi sebuah projek menaik taraf infrastruktur dan system mekanikal, elektrikal serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan melupuskan sisa binaan tersebut menyebabkan pihak universiti mengalami kerugian RM500,000.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, pukul 8.30 pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here